~ Team Anjung Bestari ~

Sunday 13 March 2011

Wuhuuuuu!!! Semporna Sabah bah! (Part 1)

Bertemu kembali....!


Jejak sahaja di Semporna, perkara pertama yang kami buat ialah cari tempat berteduh. Lagi 5 hari nak berkampung di sini. Tengoklah aksi abang-abang ni semua. Excited bukan main.

'Ini bilik berapa harga...? Ada kosong ker?'

Tanya punya tanya....takde bilik kosonglah. Fully booked! Tempat dah cantik. Haish! Akhirnya ke Sipadan Inn Hotel. Biliknya oklah....not bad.

Dah cukup tidur, cukup rehat, esok paginya, kami siap-siap mula shooting.

Kami ke Komuniti 1 Malaysia Kg. Terusan Teluk. Nak ke kampung sana kena naik bot. Kira-kira dalam 5 minit jer dari pekan Semporna. Taklah lama sangat. Tapi yang tak tahannya, panas! Bayangkan 37 darjah celcius. Aduh....!

Wah! Selubung satu badan!

Maklumlah....kawasan pun di perairan laut. Sabar ajerlah kan....Bak kata penerbit kami (Abg Wan), ini baru panas dunia. Jadi perjuangan diteruskan! Hihi!

Boleh tutup panas ke Elmi oi!


Walaupun bahang panas yang membara, kami teruja sampai ke kampung Terusan Teluk ni!
Suasananya aman...damai, tenang, permandangan kampung pun cantik!

Rumah-rumah pula di perairan laut. Kebanyakan penduduk di sini masih lagi mengamalkan cara hidup tradisional.

Tapikan kawan-kawan, nak tahu sesuatu tak?
Penerbit kami mabuk petang tu. Pening sampai muntah.
Terkeluar semua ketam, ikan, sayur....Hahahahaha!
Sorrylah eh kak Maria....

Kesian penerbit kita.....:-(

Ok tak kak...?

Sengal si Nizam ni! Main-main pulak!

Tapi kami sempat gak bergambar. Tak mau lepaskan peluang! 
Peace yo!

Ini baru gelagat hari pertama shooting....

Hari kedua....

Moh kita tengok!

Happynya Kak haniey! Watsuppppp???

Kitorang semua nak ke tanaman rumpai laut. Naik bot lagi....30 minit perjalanan ke sana.


Syiok jugak naik bot. Angin sepoi-sepoi....

Tapi yang paling syiok budak ni hah! Amboiiii.....!!!

Bila dah sampai ke tengah-tengah laut, MasyaAllah!
Cantiknya!
Laut, awan biru sangat....

Tak sangka di tengah-tengah lautan
ada perusahaan tanaman rumpai laut
So exciting!


Kami pun terujalah nak tangkap gambarkan....

SNAP!!!

Kau ada? hehe!

Sempat....Shootlah!



Sebelum ke aktiviti seterusnya, puaskan dulu tangkap gambarnya....

Action lebih! Makanlah betol-betol.....huhu!

Promote nampak.....
Angkat tinggi lagi. Eceh!

Lepas rumpai laut....mari kita tengok perusahaan ikan sangkar!
Masa kitorang nak ke sana, hujanlah pula! Bot kami takde atap. Yang ada kanvas ni.
Berebut semua nak tutup badan!


Hahahahaha! Nak tangkap gambar jugak tu!

Tersenyum lebar En.said!
En. said adalah penyelaras Komuniti 1 Malaysia di Semporna, Sabah 
Dialah yang banyak membantu kami. At the same time, terpaksalah melayan kerenah group Anjung Bestari.
Takpe.....bukan selalu pun! hihi


Hallamak! Dah 'hang' lah...panjang sangat.
Jom kita ke part 2!


No comments:

Post a Comment