~ Team Anjung Bestari ~

Sunday 13 March 2011

Kg. Skim Cocos, Kunak, Sabah!

Salam semua...!!!

Finally! Dah abes pun shooting di Sabah. Syiok sangat bah! Sampai tak sempatlah nak tulis blog.
Tapi macam mana jer nak tulis...bayangkan pukul 5 pagi dah bangun, pukul 6 pulak dah gelap, sampai hotel terus Zzzzzzz. Penat yang amat tapi best!

Sepanjang kitorang di Sabah, macam-macam kenanganlah yang kitorang dapat. Kenangan paling kukuh dalam ingatan ialah tahap kepanasan di Sabah. Tuhan saja yang tahu betapa panasnya. Panas sangaaaaatttt! Tapi kerja tetap kerjakan. Harus diteruskan demi sesuap nasi. Buktinya...!

Siap bertudung sound man kita ni, abang Hairul. Chomelkan!

Hari kedua sampai ke Tawau, kami recce kawasan kampung. Kampung yang kami nak shooting ni merupakan kampung suku kaum Cocos iaitu Kg. Skim Cocos, Kunak Sabah. 

Cocos ni adalah singkatan daripada coconut. Hah! nak tahu kenapa? Sebabnya, kebanyakan penduduk di sini berasal dari Coconut Island, Australia.

Kg, Skim Cocos ni mula wujud sejak tahun 1958 lagi. Bilangan penduduk pula, taklah begitu ramai kira-kira 56 buah keluarga sahaja. Tapi kampung ni tetap 'happening' , ceria dan yang paling penting membangun.

Jom kita tengok di sebalik tabir penggambaran di sana yer :-D

Yang ni adalah kuih tradisonal masyarakat di Sabah....Kuih Amplang. Nak kata kuih pun tak lah jugak. Rasanya macam keropok. Ala-ala keropok lekor pun ada rasanya. Sedap!

Makcik-makcik ni tengah buat demonstrasi buat kuih amplang.....cara-caranya :-P


Tapi yang paling semangat Kak Maria dan Kak Haniey....tengoklah tu! Nak belajar buat ker? Balik KL boleh try yer.....Lalalalalalala


Vogue tak penerbit kami?

Selain kuih amplang, ada lagi macam-macam kuih yang kami rasa. Tak caya? Nak tengok? Nah....


Kuih-kuih ni semua merupakan kuih tradisional masyarakat Cocos.


Lebih kurang 120 kuih pelbagai jenis disediakan. Sampai tak tahulah nak pilih yang mana satu.

Selain kuih tradisional, kami juga dipersembahkan dengan adat istiadat perkahwinan suku kaum masyarakat Cocos



Sama cantik, sama padan. Namun ini hanya lakonan semata-mata yer. Adik-adik lagi pengantin ni. Baru berusia 15 dan 18 tahun.

Dah rasa kuih tradisional, dah tengok adat perkahwinan....sekarang pula, kita tengok tarian tradisional masyarakat Cocos. Bukan main bergaya lagi style baju mereka. Warna wani! Kami pun takde. Thihihihi!



Sporting abang-abang ni....Layan jer kerenah kami.


Sebenarnya, macam-macam lagi aktiviti yang kami buat. Tak sempat nak bergambar. Maklumlah ada sibuknya, ada penatnya. Dah tu pulak, photographer a.k.a pengacara kami, si sheera ni boleh demam pulak. Tangkap gambar mana yang sempat.

Nasib hari keempat shooting, dia dah okay. Kalau tak....duduk termenunglah jawabnya.

Last shooting, kitorang ke Air Terjun Madai. Nak buat closing kat sana. Wah! Memang cantik gilerlah! Wuhuuuu! Tapi tulah, tak boleh mandi. Cuaca tak elok, air pun keroh. Main air di kaki sajerlah. Apa-apa pun dapat juga merasa kesejukan Air Terjun Madai.


Saksikan gelagat-gelagat kami bergambar di sana.....Lalalalalalala!


Si Aizat (Lighting man) ni giler bergambar. Nanti tengok ajerlah blog kami. Penuh ngan gambar dia. Gagagagaga!




3 hari kami shooting di Kunak, dah sampai masanya kami berangkat pula ke Semporna!!!
Masa yang dinanti telah tiba.

Perjalanan dari Kunak ke Semporna mengambil masa kira-kira satu jam setengah.

Ini orang kuat kami. Tanpa si KIMI ni, kami semua patah kaki. Tak boleh ke mana-mana.


Kimi, nak pergi dobi boleh?
Kimi, nak singgah toilet eh...?
Kimi, hauslah! Nak beli air.

Kimi terbaik ar!

Dalam van, inilah kejenya....
Penat seharian bekerja kan.....Kesianlah!

Tapi yang tak reti penat, si Nizam! Our cameraman. Hyper semacam. Time tidur aje dia diam.


Bila semua dah sedar, sama jer gelagatnya......

Kami bertiga pula, tetap maintain.....DIVA!


Sajer nak hilangkan bosan sebenarnya.....bila nak sampai ni? Penat dah berposing!


Shooting di Kunak dah pun selesai.....

Ada lagi di Semporna....

Nantikan blog kami yang seterusnya yer....

Teruskan setia bersama Anjung Bestari!

Ewah......

No comments:

Post a Comment