~ Team Anjung Bestari ~

Sunday 13 March 2011

Arihaaaa!!! Semporna, Sabah bah! (Part 2)

Kita kerja ni jangan tension-tension...
Kena happy selalu
Itu yang team Anjung Bestari praktikkan!
Rileks, sempoi, gila-gila....
Yang penting semua kerja settle. Betol tak? Hehe!

Orang selalu kata group Anjung Bestari ni masuk air.
Bukan masuk air....
Kami ni pantang jumpa air
Lagi-lagi air laut!
Dapat cecah kaki sikit pun jadilah.....
Sementara tunggu pengusaha ternakan ikan ni sampai, kami pun apa lagi.....
Diam-diam turun ke tangga.....
Sedapnya!!!
Jangan jeles.....:-P
Ni dah kenapa? Gilo!

Dah! jangan main-main lagi. Jom sambung kerja!

Ini Ikan licin!
Memang licin pun....

Di sini, bukan saja ada ternakan ikan tapi juga ada lobster!
Yang bestnya, pengusaha ternakan ikan ni baik sangat.
Pemurah!
Siap bagi kami 4 ekor ikan besar!
Dengan lobster....banyak pulak tu!
Puas kami makan. Dapat juga rasa....
Kalau datang ke Semporna....
Wajib makan lobster & seafood

Jemput tengok....
Lalalalalalala!
Tak jadi nak diet.....Esoklah!

Makan tak ingat dunia! Die ni memang hantu lobster. Makanlah puas-puas yer!

Bila dah penat shooting...
Perut pun dah kenyang....
Kami terjumpa 'port' baek punya!
Hahahahahaha!

Padicure and manicure!!!
Murah pun murah...RM40 sahaja! kalau kat KL lebih kurang RM100 ma.....
Tidur dengan kuku yang cantik....Lalalalalala!

Setiap kali masuk kampung mesti makan banyak.
Apa kata kita exercise sikit.
Kita join permainan tradisional masyarakat kampung.
 Ini permainan pasang stokin.
Siapa yang pasang stokin suami (konon-kononnya) yang paling cepat....itulah pemenangnya!
Sheera dapat no 3 lah....Haish!
Kaki Aizat besar sangat. Hahahahah!

Tidur mati si sheera ni! Penat kot....banyak sangat bercakap.
Dorang sempat lagi tu....Semua tangan... muka nak masuk frame.
Bangun Sheera!
Nak start shooting balik dah....

Petang tersebut Aizatlah dikira wira RTM!
Main Gasing dapat no 2!
Penduduk kampung pun kalah.
Bawak balik 2 hamper lagi!

Lepas tu pulak, kami poco-poco
cemar sungguh!
Tak tahu step nak menari.....
Meriahkan suasana oklah kan!

Ayuh layan video poco-poco yang tak berapa jadi ni....

Aktiviti petang tu adalah aktiviti terakhir kami di kampung Terusan Teluk.
Rasa sedih pulak....:-(
Panjang umur....ada jodoh, kita jumpa lagi!!!

Yeay!!! Dapat mandi laut. Wuhuuuu!
Dari hari pertama sampai Semporna teringin nak terjun laut.
Akhirnya!

Kebabushhhhh!!!

Puas kami berendam dalam laut. Tak tahu berenang sebenarya.
kaki dok kitai-kitai dalam air...huhu!


9 hari kami di Sabah, memang best teramat sangat!
Walaupun cuaca panas, kulit terbakar...
Pengalaman yang kami dapat lebih berharga dari tu semua.

Penduduk kampung pun ramah, sporting, layanan pun tip top!...semua oklah!
Tak rugi shooting kat sini. Enjoy abes!

Sebelum pulang, kami sempat beli souvenirs.
Time for shopping!


Mana-mana pergi, kak Maria mesti beli patung monyet. Maria....Maria :-p

Ala kuchi kuchi....Chomel!

Wuhuuuuu!!! Semporna Sabah bah! (Part 1)

Bertemu kembali....!


Jejak sahaja di Semporna, perkara pertama yang kami buat ialah cari tempat berteduh. Lagi 5 hari nak berkampung di sini. Tengoklah aksi abang-abang ni semua. Excited bukan main.

'Ini bilik berapa harga...? Ada kosong ker?'

Tanya punya tanya....takde bilik kosonglah. Fully booked! Tempat dah cantik. Haish! Akhirnya ke Sipadan Inn Hotel. Biliknya oklah....not bad.

Dah cukup tidur, cukup rehat, esok paginya, kami siap-siap mula shooting.

Kami ke Komuniti 1 Malaysia Kg. Terusan Teluk. Nak ke kampung sana kena naik bot. Kira-kira dalam 5 minit jer dari pekan Semporna. Taklah lama sangat. Tapi yang tak tahannya, panas! Bayangkan 37 darjah celcius. Aduh....!

Wah! Selubung satu badan!

Maklumlah....kawasan pun di perairan laut. Sabar ajerlah kan....Bak kata penerbit kami (Abg Wan), ini baru panas dunia. Jadi perjuangan diteruskan! Hihi!

Boleh tutup panas ke Elmi oi!


Walaupun bahang panas yang membara, kami teruja sampai ke kampung Terusan Teluk ni!
Suasananya aman...damai, tenang, permandangan kampung pun cantik!

Rumah-rumah pula di perairan laut. Kebanyakan penduduk di sini masih lagi mengamalkan cara hidup tradisional.

Tapikan kawan-kawan, nak tahu sesuatu tak?
Penerbit kami mabuk petang tu. Pening sampai muntah.
Terkeluar semua ketam, ikan, sayur....Hahahahaha!
Sorrylah eh kak Maria....

Kesian penerbit kita.....:-(

Ok tak kak...?

Sengal si Nizam ni! Main-main pulak!

Tapi kami sempat gak bergambar. Tak mau lepaskan peluang! 
Peace yo!

Ini baru gelagat hari pertama shooting....

Hari kedua....

Moh kita tengok!

Happynya Kak haniey! Watsuppppp???

Kitorang semua nak ke tanaman rumpai laut. Naik bot lagi....30 minit perjalanan ke sana.


Syiok jugak naik bot. Angin sepoi-sepoi....

Tapi yang paling syiok budak ni hah! Amboiiii.....!!!

Bila dah sampai ke tengah-tengah laut, MasyaAllah!
Cantiknya!
Laut, awan biru sangat....

Tak sangka di tengah-tengah lautan
ada perusahaan tanaman rumpai laut
So exciting!


Kami pun terujalah nak tangkap gambarkan....

SNAP!!!

Kau ada? hehe!

Sempat....Shootlah!



Sebelum ke aktiviti seterusnya, puaskan dulu tangkap gambarnya....

Action lebih! Makanlah betol-betol.....huhu!

Promote nampak.....
Angkat tinggi lagi. Eceh!

Lepas rumpai laut....mari kita tengok perusahaan ikan sangkar!
Masa kitorang nak ke sana, hujanlah pula! Bot kami takde atap. Yang ada kanvas ni.
Berebut semua nak tutup badan!


Hahahahaha! Nak tangkap gambar jugak tu!

Tersenyum lebar En.said!
En. said adalah penyelaras Komuniti 1 Malaysia di Semporna, Sabah 
Dialah yang banyak membantu kami. At the same time, terpaksalah melayan kerenah group Anjung Bestari.
Takpe.....bukan selalu pun! hihi


Hallamak! Dah 'hang' lah...panjang sangat.
Jom kita ke part 2!